Tabarru'at beraal daripada perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas.
Dalam konteks operasi Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika membuat sumbangan untuk membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan.
Industri Takaful memperkenalkan Al-tabarru'at bersyarat iaitu setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
Oleh yang demikian, sekiranya seseorang peserta membawa risiko yang besar , kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah bersesuaian dengan risiko tersebut.
No comments:
Post a Comment