Wednesday, September 28, 2011

MAKSUD TAKAFUL



Menurut Kamus Dewan, TAKAFUL diertikan sebagai insurans yang didasarkan mengikut asas-asas dan hukum-hukum Islam. TAKAFUL berasal daripada perkataan Arab iaitu Al-Kafala (jamin) yang bermaksud saling memberi jaminan. Dari aspek syarak, takaful merujuk kepada pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain sekiranyanya ahli atau peserta kumpulan tersebut ditimpa musibah.