Monday, October 17, 2011

Tiada Unsur Riba

Perniagaan Takaful tiada unsur riba.
Kebiasaanya, RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Hal ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan di dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurus niaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.
Unsur RIBA juga terdapat dalam urus niaga pinjaman polisi (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Oleh itu, jelaslah bahawa faedah yang wujud itu merupakan RIBA yang dilarang dalam Islam.

Ada Majlis Pengawasan Syariah

Perniagaan takaful yang dioperasikan oleh Etiqa Takaful adalah di bawah pengawasan oleh Majlis Pengawasan Syariah. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelak adanya unsur-unsur yang dilarang dalam  syariah Islam.

Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b) menyebut:-
“Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan.”

Pelaburan Halal Takaful


Pihak takaful akan hanya melaburkan wang peserta di kaunter-kaunter pelaburan yang halal serta diluluskan oleh majlis Pengawasan Syariah. Antak bentuk pelaburan yang dijalankan dalam takaful ialah:
·         Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
·         Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
·         Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
·         Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).
·         Harta bangunan.
·         Pembiayaan perumahan.

Sumbangan At-Tabarru'at

Tabarru'at beraal daripada perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas.
Dalam konteks operasi Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika membuat sumbangan untuk membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan.
Industri Takaful memperkenalkan Al-tabarru'at bersyarat  iaitu setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
Oleh yang demikian, sekiranya seseorang peserta membawa risiko yang besar , kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah bersesuaian dengan risiko tersebut.

Takaful adalah berlandaskan Sistem Islam


Takaful menggunakan konsep insurans yang mana Golongan ramai (peserta) yang bernasib baik membantu golongan (peserta) yang tidak bernasib baik" . 
Konsep ini sememangnya dituntut dalam Islam.
Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tolong-menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan"
Maksud ayat di atas jelas membuktikan bahawa umat Islam digalakkan saling bantu- membantu.

CIRI-CIRI TAKAFUL

Apakah ciri-ciri takaful yang kita perlu tahu?
  • Berlandaskan sistem Islam
  • Mempunyai sumbangan al-Tabarru’at ( derma secara ikhlas)
  •  Pelaburan yang halal
  •   Majlis Pengawasan Syariah
  •  Al-mudharabah (Perkongsian untung)
  •  Tiada unsur riba
  •  Tiada unsur maisir (Judi)
  •   Tiada unsur gharar (Tidak jelas)

Ciri-ciri takaful di atas tidak sama dengan insurans konvensional.